Blog: Baju Kelawar Yang Mana Menjadi Pilihan?

OKay. Harini tak nak cerita pasal tudung bawal.
Nak cerita tentang kaftan batik. Ataupun baju kelawar batik.

Meh nak bagitau sikit. Bagi korang yang mementingkan aurat, disarankan pilih baju kelawar yang berwarna gelap. Sebabnya baju yang berwarna lembut memang tak boleh lari daripada jarang! Tapi kan kan.. Kalau betul korang concerned pasal aurat, rasanya baju kelawar biasa pun tak dapat menepati ciri-ciri menutup aurat kan..Lengan perempuan kan masih aurat.Kaki pun aurat.Jangan pulak kata tak dapat pakai kat rumah sebab ada abang ipar..sepupu laki..ha.. dah kate kan. So tu masalah sape? (Masalah anda sendiri :p ).

Kalau jadi begini, jangan la pakai baju kelawar masa dorang ade kan.Pakai la dalam bilik..buat tidur ke..tak pun pakai depan suami je bagi yang dah berkahwin tu..Haishhh..Saya hanya menjual..nak pakai kat tempat mana-mana tu suka hati anda lah kan.Ikut kesesuaian dan keselesaan.

Satu lagi..sebelum nak membeli, pastikan baca dulu terma & syarat pembelian kat bawah ni ye.Tolonglahh baca. Terma dan syarat tu bukan untuk saje-saje tau. Itu adalah penjanjian antara seller dan buyer semasa membeli.

Lagi satu! (ha..bape banyak satu dah ni) Semasa nak order, sila jaga bahasa anda ye. Saya pantang bila orang guna bahasa kasar ni.Tapi ape boleh buat..saya penjual..kena senyum la jugak smiley ni :)
Nasib baik dah minta maaf..takpe saya maafkan. Kite bukan manusia sempurna. Lepas ni saya juga akan lebih tingkatkan servis kepada pelanggan.

** Alhamdulillah, baju kelawar semakin mendapat sambutan. Lebih-lebih lagi Ramadan lepas ramai yang membeli untuk tujuan terawih mungkin ^_^
** Kepada anda yang tak tahu nak hadiahkan apa kepada ibu anda ke..ibu mertua..kakak/kakak ipar..boleh order baju kelawar dari kami. Semuanya corak lukis tangan (handraw) dari Kelantan. Oppss! Corak printed digital pun dah ada.

Boleh layari di website ruangan Baju Kelawar Kaftan untuk melihat design yang ada. Kalau ada yang berkenan, order terus ya!

Sekarang ni saya pun dah ada akaun Instagram tau! Follow @batikristal ok. Kat instagram, saya akan update (kalau ade masa free) item yang masih available. Yang dah takde saya akan delete serta merta dari instagram.

P/S - Once a blogger, always a blogger :)



There are no products to list in this category.