Tips: Pembelian Borong

Soalan yang sering ditanya:
"Kalau beli 10 helai dapat diskaun?"
"PM borong"
"Borong berapa ringgit?"
"Macamana nak beli borong?"


Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang,
Meh sini nak bgtau.

Untuk pengetahuan anda, belian borong tidak terhad pada satu jenis sahaja.

Jika anda pilih mana-mana tudung/kaftan sebanyak 10 helai, anda layak dapat harga borong dari kami! Harga borong lebih jimat berkali-kali ganda. Sesuai untuk anda yang ingin berniaga balik tudung-tudung/kaftan dari kami di tempat anda ^_^


Kalau anda berminat untuk borong untuk satu jenis design sahaja, tidak jadi masalah. Dengan syarat:
.:: Minimum belian 10 helai.
.:: Warna saya akan pilih sendiri warna yang berlainan secara rawak.
.:: Bayaran penuh diperlukan terlebih dahulu. Maksudnya, bayar harini, esok saya ambil stok, lusa saya akan pos.

.:: Proses dalam 2-3 hari untuk pos. Diminta bersabar sikit.
.:: Harga untuk borong tidak termasuk kos postage ya.

Tetapi, ini bergantung kepada stok dari pembekal juga. Kalau tak cukup, jangan kecewa ya. Saya lagi kecewa kerana tak dapat tunaikan permintaan pelanggan saya :(

Jika anda pilih sendiri "ready stock" iaitu di dalam website ini, saya akan confirmkan order anda, bayaran penuh boleh dilakukan terus, dan keesokan hari, sudah sedia untuk dipos.

Sekali lagi nak bagitahu,boleh campur kaftan+tudung untuk borong.

Asalkan cukup 10 helai.
Senang kan? I senangkan you, you senangkan I :D

Sebarang pertanyaan boleh email ke iwansberkat@gmail.com atau sms/whatsapp +60199826117.


Contoh belian borong daripada pelanggan



There are no products to list in this category.