Tips: Cara Emergency Nak Cuci Tudung Bawal

Hari ini saya mahu berkongsi tips mudah untuk cuci tudung ketika emergency.
Emergency macam manakah itu?

Maksud emergency di sini ialah tudung yang anda sedang pakai tiba-tiba kotor. Atau pun tudung yang anda baru beli, terdapat kesan kotoran yang anda tidak sedar ketika memilih tudung tersebut. Atau, tengah sedap-sedap makan, baru sedar, tudung kotor kena lauk (makan sedap agaknya :P ) .

Tahukah anda bahawa sabun yang paling berkesan untuk menghilangkan kotoran pada tudung bawal ialah sabun mandi? YA.
Sabun mandi. Jika ada kesan kotoran seperti tompok-tompok warna hitam pada tudung, cuma sapukan sedikit sabun mandi+air pada kotoran. Gosok-gosok sikit sehingga hilang kesan kotor itu. Lepas itu bilas dgn air. Dah hilang. Bilas dengan air beberapa titik dah la ye. Sebab kononnya kejadian berlaku bukan di rumah. Kalau kotor di rumah, baik basuh je terus. Heee !~

Boleh juga guna
handwash ya. Kalau tak hilang jugak kesan kotoran tu, cuci la seperti biasa guna sabun basuh baju. Hehehe.. Tips ini untuk kotoran yang tak degil :-p

Kalau kotoran degil jugak, sila rendam seperti biasa. Bilas. Jemur. Dan angkat bila kering. Tak nak kena matahari pun takpe. Tudung bawal kan senang kering :)




There are no products to list in this category.