Tips: Material Bawal

Tahukah anda, tudung bawal mempunyai banyak jenis material? Kalau di Kelantan, peniaga-peniaga tudung membezakan bawal dengan terms bawal nombor satu (no. 1) , bawal nombor dua (no. 2).

Terkini, wujud pulak bawal asli.

Apa beza ketiga-tiga jenis bawal ini? OK. Meh nak explain satu persatu.Ini berdasarkan apa yang saya tanya pada yang pakar. Hehehehe

Kalau nak tahu, material bawal no. 2 dari Korea. Contoh bawal dari Korea ni ialah bawal 2 tone, 3 tone, 5 tone, 8 tone dan lain-lain yang murah tu. Memandangkan trend bawal tone ni masih diminati, cara paling senang nak kenal bawal no. 2 ialah melihat belakang tudung. Kalau bahagian depan benang berwarna,  bahagian belakang benangnya adalah berwarna putih.Yes. Yang selalunya terjadi garisan-garisan putih pada tudung itu ialah bawal no. 2. Dan tudung ini tak boleh pakai depan belakang kan sebab belakang warna putih. Kang kalau pakai jugak tak memasal orang cakap pakai tudung terbalik.Huhuhu. OK. Itu cara paling senang nak kenal bawal no. 2. TAPI!! Tak semestinya !! Ada jerr bawal no. 2 tapi belakang dia warna sama! Macam mana pulak tu.. "pening aarr" . Solution dia,  bawal no. 2 bila pegang rasa kasar sikit.

Bawal asli pulak, lebih mahal daripada bawal no.2. Bawal asli asalnya daripada Jepun.
Materialnya lebih lembut daripada bawal no. 2 dan sangat senang dibentuk. Belakangnya? Warna sama. Maknanya boleh dipakai depan belakang. Tak ada garisan-garisan putih.

Bawal no. 1 pulak dah wujud sejak berzaman lagi. Bawal ni lagi lembut dari bawal asli. Kainnya pulak sangat tahan lama dan sentiasa diminati sejak dahulu sehingga sekarang. Sama seperti bawal asli, belakangnya berwarna sama.

Ada juga bawal cotton. Materialnya lebih kepada cotton dan lembut tetapi mudah berbulu.


Walaubagaimanapun, pilihan di tangan pembeli. Beli dan pakailah apa yang anda suka & selesa. Yang penting, menutup aurat. Bidang 45 pun, jika kena pada gaya, masih boleh menutup aurat anda :)

Kalau saya? Saya tak kisah kalau ada bawal nombor 10 sekali pun. Asalkan cantik, senang bentuk. Yang penting, pakai bawal muka awet muda teruss ! :D

Contoh bawal no. 1

Contoh bawal no. 2

Contoh bawal asli



There are no products to list in this category.