Blog: Orang Dari India Suka Tudung Bawal

Pada tahun 2011, iaitu selepas sahaja saya selesai menjawab paper terakhir untuk sarjana muda, saya serta beberapa rakan telah plan untuk bersiar-siar di ibu kota. Maklumla, lepas ni mungkin jarang dapat berjumpa selepas masing-masing bekerjaya (memang dah terjadi pun.Hehe)

Ketika kami sedang menunggu Hot & Roll yang dipesan di area Bukit Bintang (kot.. Correct me if Hot & Roll tidak wujud di Bukit Bintang  -_- ) , tiba-tiba kami didatangi 2-3 orang wanita yang datangnya dari negara India!

Dan salah seorang daripada mereka bertanya kepada saya. Ya. Saya. Bukan kawan-kawan saya yang lain. Heh. Bajet. Lebih kurang macam ni la pertanyaan mereka, "Where do you get your hijab?" Saya yang blur-blur ni pun tanya dia balik sambil memegang & menunjuk tudung bawal yang saya sedang pakai, "This one?" "Yes". OK. Part ni saya tak tahu nak cakap kat mana sebab tudung bawal yang saya pakai ni saya beli sendiri di Kelantan. Kang kalau cakap Kota Bharu, Kelantan kot dia tak tau pulak ceruk manakah negeri Kelantan ni. Mau dia cari peta Malaysia nak cari negeri Kelantan semata-mata nak dapat tudung bawal :-p

Memang tak sangka ada jugak yang tanya pasal tudung bawal warna peach yang saya pakai ni. Dah la tudung ni dah beberapa tahun dipakai.

Kawan-kawan saya yang lain dah nampak saya blur masa tu, terus mereka kata boleh cari di kawasan Masjid India & Jalan TAR. Pheww..Lega makk!! Nasib baik ada kawan-kawan yang cepat fikir. Seriously, saya dah hampir-hampir nak cakap "I bought this hijab at Kelantan" (nada innocent). Puahahahha!! Maklumla kan, time tu baru lepas habis exam terakhir selepas 4 tahun struggle untuk dapatkan ijazah sarjana muda. Penat la otak ni berfikir. *ALASAN*

Untuk menyenangkan lagi wanita-wanita dari India ini mencari tudung 3 segi bak kata mereka, kitorang pun cakap la nama tudung bentuk 3 segi ni tudung bawal. Siap tulis lagi kat kertas kecil lokasi mana mereka patut pergi untuk cari tudung bawal. Agaknya misi mereka pada hari itu adalah mencari "triangle scarf" yang hakikatnya adalah "square scarf".

Oh ya...tahun tersebut, pashmina dan shawl sangat digilai ya. Dan saya masih setia memakai bawal, tidak kira sama ada ke kelas, keluar makan, mahupun outing. Sebab saya ni jenis nak cepat. Hurmm..dan ini membuatkan saya terfikir.. masih ada orang luar yang menghargai produk dari Malaysia :)

Tudung yang menjadi pertanyaan. Not for sale :-p





There are no products to list in this category.