Tips: Penjagaan Tudung Bawal

Saya pasti ramai yang mempunyai masalah dengan tudung bawal terutama tudung bawal 2 tone/3 tone tu.

 Masalah yang macamana tu??

Masalah utama pada tudung bawal 2 tone/3 tone ni adalah kesan tompok-tompok putih atau garis putih pada bahagian hadapan tudung.Yang peliknya masa mula-mula beli tak ada pulak kesan garis putih dan tompok putih ni kan? Bila dah pakai 2-3 kali baru ada kesan tu..Masalah ini selalunya terjadi bila tudung 2 tone ni mempunyai kain belakang yang berwarna putih. Kesan tompok atau garis pada tudung bawal ni terjadi apabila bahagian belakang kain terbawa ke hadapan tudung secara tak sengaja.

 

Di sini saya ingin berkongsi tips bagaimana nak bawa kesan yg berwarna putih tu ke tempat asal di belakang tudung semula.

 

Caranya hanya sediakan jari anda yang bersih sahaja. Hehehe.

 

Saya lebih senang gunakan ibu jari dan jari telunjuk.

 

Bagaimana? Hanya lalukan sahaja jari anda pada garisan/tompok putih pada tudung bawal anda.Lalukan sahaja ye..kena bersabar sikit. Jangan gunakan kekerasan pada tudung..nanti rosak pulak..layankan sahaja.

 

Kalau tak berjaya, gunakan pada bahagian kuku.Sekali lagi..lalukan sahaja dengan kuku.Jangan terlalu kuat.

 

Selain jari, anda juga boleh gunakan duit syiling. Guna duit syiling 5 sen atau 10 sen pun sudah memadai.Lalukan sahaja pada tudung anda.

 

Ingat! Kena berhati-hati. Kadang-kadang bila kita gosok bahagian tompok/garis itu, ia akan jadi semakin besar dan panjang.Kalau jadi macamtu, cuba gosok pada arah berlawanan pula..Kena guna "common sense" jugak nak buat benda ni tau.. ^_^

 

Petua ni saya dapat dari seseorang yang dah lama berkecimpung dalam perniagaan tudung. Jadi, selamat mencuba! ^_^


There are no products to list in this category.