Blog: Bawal Satin? Bawal Crepe?

Saya terpanggil untuk menulis pasal material bawal ni bila saya terbaca satu status rakan dari Facebook Batik Kristal  yang mengatakan beliau pelik melihat sesetengah online shop yang menjual tudung daripada material crepe, satin, silk tetapi mengatakannya itu adalah tudung bawal.

Ha.. Sebenarnya dah lama dah saya perasan pasal ni dan saya setuju dengan beliau.

Tahu tak sayang-sayang... Sebenarnya tudung bawal ni material dia satu je... material voile. Tapi bila sampai kat Kelantan ni orang-orang dulu panggil "bawal". Itulah asal usul dia.

Material voile ni selalunya diperoleh daripada Jepun & Korea. Yang ni pembekal sendiri yang bagitau. Sampai sekarang saya tak dapat bayangkan orang-orang Jepun & Korea guna material voile ni buat apa ye? Scarf juga ke? Ke baju? Heeee.

Kebanyakan online shop sendiri pun konfius, eh..bukan online shop saje.. kedai offline yang jual tudung ni pun ada yang confuse tau. Material satin, dikatanya bawal. Sebab ape? Alasannya sebab bawal kan segi empat sama.. Aiyooo..Parah. Parah.

So please don't get confuse bila menggunakan perkataan bawal ni. Bawal (Voile) is a material. Bukan segi empat ye.

Till we meet again! Assalamualaikum!~ 



There are no products to list in this category.