Tips: Perbezaan Sulam Mesin & Sulam Tangan

Jika anda seorang pembeli tudung yang tegar,  tak kira la beli secara online ataupun offline di kedai-kedai, mesti akan ada peniaga yang "state"kan tudung sulam tangan ataupun sulam mesin.

Ape tuh?Sulam mesin tu camana? Sulam tangan pulak camana?

Ha.. Hari ni saya akan share apa bezanya sulam mesin dengan sulam tangan.

Yang pasti, kalau korang perasan la kan.. sulam mesin ni harganya lagi murah dari sulam tangan.











Yang ni sulam mesin.Sulamnya mendatar dan bunganya tak timbul. Tapi masih cantik dan menjadi rebutan pelanggan :)












Yang ni pulak sulam tangan. Maksudnya, sulam ni 100% menggunakan tenaga dari tangan untuk sulam satu-satu bunga. Nampak tak bunganya lebih timbul pada kain?

OK.Kita tengok bahagian belakang kain pulak.



Ini bahagian belakang tudung bagi sulam mesin. Lebih tersusun dan kemas kan?



Yang ini pulak bahagian belakang sulam tangan. Ha..kan..tengok seni buatan tangan ni. Ingat senang-senang nak menjahit sulam nak nampak bunga-bunga kat tudung tuh? Sebab tu la sulam tangan ni lagi mahal sebab memerlukan tenaga sikit nak sulam tuh.

Jadi...pilihan terletak di tangan anda ya wahai customer-customer ku yang disayangi sekalian!~
Kalau saya, tak kisah pun sulam dari mesin ke sulam tangan. Asal cantik je rembat! :-p


There are no products to list in this category.