Blog: Bawal & Voile

Masa saya belajar ketika degree beberapa tahun lepas, saya telah mengambil subjek bahasa Perancis. Sampai sekarang masih ingat la basic sikit-sikit French nih.

Ada satu hari, saya tak puas hati macamana istilah tudung bawal tu wujud. Kalau google asal-usul tudung bawal ni, dari material voile kan. Bila sampai di Kelantan, jadi sebutan bawal pulak.

Saya tiba-tiba terfikir sebutan French. Kalau ikutkan pronounce French, Voile disebut sebagai "Voal" (Vo-wal). Bila sebut laju-laju "Voal" tu, macam sebutan bawal kan? Agaknya orang dulu-dulu tak reti nak sebut "Voal" kot.. Sebab tu panggil "Bawal". Hihi. Sila jangan percaya apa saya ceritakan ni. Saya menaip ikut apa yang saya terfikir je tau.

Sama jugak brand pakaian "Voir" tu.. Sebut "Voa" (Vo-wa) kan. ^_^




There are no products to list in this category.