Penggayaan Tudung Bawal Seperti Shawl

Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua!
Malam ni saya nak berikan tutorial cara-cara pakai tudung bawal.
Ha..Bukan pakai macam biasa tau..
Cara ni seperti pakai shawl.


Ha..Sebelumtu.. Tudung bawal yang model pakai ni koleksi peribadi model sendiri dariAidijuma. Bukan dari kami tau. Kang ada yang tersalah paham pulak ^_^


Jom tengok steps di bawah:

1) Pinkan tudung bawal yang bersegi empat sama itu kepada satu bahagian lebih panjang, satu lagi bahagian lebih pendek. Terpulang kepada anda samada nak pakai inner awning, inner syria atau tak nak pakai inner pun takper. Ikut keselesaan anda.


2) Pada bahagian yang panjang tu, tarik bucu tudung yang kat belakang ke depan.

3) Tarik lagi sampai bucu yang satu lagi (bucu yang selari dengan bucu bahagian pendek) ke depan. Ha..selalunya bentuk segi tiga ni terbentuk di belakang kita bila pakai bawal macam biasa kan. Yang ni kita bawa ke bahagian depan pulak ye.

4) Lilit lagi sampai ke belakang. Kemas-kemaskan.

5) Pinkan di tepi kepala. Kemas-kemaskan lagi. Yang mana berkedut tu.. betulkan.


6) Dah siap!


7) Bahagian belakang begini bentuknya.

Kalau bosan pakai tudung bawal macam biasa, boleh cuba cara ni pulak. Boleh eksperimen sendiri dengan tudung bawal yang lain. Yang ada sulam atau kerawang belakang tudung ke..Mesti  cun! ^_^






There are no products to list in this category.